roslan on September 17th, 2018

Lokasi GPS untuk ke Taman Tasik Metropolitan Kepong (Kepong Metropolitan Park) adalah 3.228742,101.650149

Taman tasik ini adalah antara yang terbesar berada berhampiran dengan bandar Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: ,

roslan on November 21st, 2017

Saya ingin share bagaimana kita boleh mereka sendiri aplikasi Midi Controller. Aplikasi ini untuk platform Windows OS termasuk WIndows 10. Development tools yang akan digunakan ialah Lazarus dan Free Pascal kerana ia adalah percuma dan mudah digunakan.

Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Untuk mendapatkan bunyi muzik yang berkualiti kita perlu download Soundfont Player & Soundfont yang baru kerana default midi sound yang asal pada windows  adalah kurang berkualiti. Sila download dan install dari http://coolsoft.altervista.org/en/virtualmidisynth
  2. Soundfont juga boleh kita download dari Soundfonts 4U atau GITHUB
  3. Download dan pasang Lazarus https://www.lazarus-ide.org
  4. Download contoh project dari http://jomkita.com/wp-content/uploads/midipro.zip
  5. Unzip fail ke dalam satu directory yang sama.

Pada masa musim jerebu sekarang, memang susah nak mencari lokasi percutian di Malaysia yang mempunyai udara yang bersih.

Saya agak bertuah kerana semasa bercuti hari raya haji di Perlis baru-baru ini indeks pencemaran udara adalah yang terbaik di Malaysia. Kedudukan negeri Perlis yang agak jauh ke utara semenanjung dapat mengurangkan kemungkinan diselubungi jerebu tebal dari Indonesia.

Dalam masa percutian yang pendek ini kami sekeluarga mengambil peluang bersiar-siar sambil menikmati udara segar dan melihat pemandangan yang cantik.

Kuala Perlis

Senja di Kuala Perlis

Senja di Kuala Perlis

Senja di Kuala Perlis

Menikmati Pemandangan Semasa Matahari Terbenam di Kuala Perlis

Menikmati pemandangan semasa matahari terbenam di Kuala Perlis

Jalan-jalan berhampiran ladang tebu Perlis

Jalan-jalan berhampiran ladang tebu Perlis

Kampung Paya Besar

Kampung Paya Besar

Tasik Melati

Tasik Melati

roslan on July 22nd, 2015

Salah satu hobi saya ialah fotografi. Saya bukanlah seorang photographer professional,,,cuma suka-suka je. Laman web yang selalu saya lawati ialah laman web yang menyiarkan berita-berita terkini mengenai fotografi  seta mempunyai gambar-gambar  yang menarik.

Berikut adalah laman web pilihan saya mengikut keutamaan.

DPREVIEW (Digital Photography Review)
Laman web dpreview.com ini selalu update berita-berita terkini mengenai fotography disamping mempunyai forum untuk berbincang mengenai kamera dan teknik-teknik fotografi.

FLICKR
Flickr adalah laman web yang memaparkan koleksi fotografi dari seluruh dunia. Kita boleh join Flickr secara percuma dan boleh share photo untuk dilihat oleh rakan2 atau sesiapa sahaja.

500PX
Laman web ini juga menyediakan ruang untuk kita upload dan share gambar-gambar. Ini adalah koleksi gambar cantik yang saya gemari di laman web ini.

Digital Photography School
Laman web ini menyediakan Tips & Tutorial mengenai fotografi di samping review mengenai peralatan fotografi.

Luminous Landscape
Laman web fotografi yang kita boleh gunakan untuk belajar dan juga untuk mendapatkan tips mengenai fotografi dan juga belajar PhotoShop.

Cheryl Chan Photography
Blog fotografi oleh Cheryl Chan dari Malaysia.

Tarmizi Shukri
Blog fotografi dalam Bahasa Melayu.

Photo Malaysia
Berita, forum, tutorial & ulasan mengenai fotografi di Malaysia.

Lowyat Photography Forum
Forum fotografi yang dikendalikan oleh lowyat.net untuk peminat-peminat fotografi di Malaysia.

ShaShinKi (The Online Camera Shop)

roslan on November 9th, 2014

Mandi di sungai yang jernih bersama anak-anak ikan.

Perjalanan dari tempat parking ketempat penginapan.

Bersiar-siar di dalam kawasan penginapan.

Tags: ,

roslan on May 21st, 2014

Nak cuba perisian percuma untuk menguji kecekapan anda mengenal nada muzik? Saya buat software ini secara suka suka setelah mencari aplikasi seperti ini di Internet.  Saya memang ada terjumpa tetapi merasa tidak berapa puas hati kerana tidak berapa fleksibel untuk memilih tone yang saya ingin practice. Semuanya perlu pilih semua dari  C,D,E,F,G,A,B.

Irfan & Irfani Music Pitch Training Sofyware

Jadi aplikasi yang saya buat ini saya pastikan mempunyai pilihan untuk pilih mana-mana tone muzik atau kesemua sekali. Kita boleh buat pilihan note music dan tekan “New Pitch Test”. Tambahkan pilihan bila dah cekap. Untuk mereka yang dah expert boleh pilih pula sebarang Octave dan bunyi alat muzik yang berlainan.

Aplikasi ini menghasilkan bunyi menggunakan fungsi MIDI synthesizer yang terbina dalam komputer. Ia telah di uji dan boleh di pasang pada komputer Windows 7 dan Windows 8. Jika anda nak bunyi yang lebih realistik, boleh la sambung ke external MIDI equipment.

Ada 2 aplikasi percuma yang saya buat;

1) irfan.zip (Sila klik dan download)
Aplikasi untuk menguji kebolehan & mengenal satu note sahaja pada satu masa.

2) irfani.zip (Sila klik dan download)
Aplikasi untuk menguji kebolehan & mengenal music interval.