Nak cuba perisian percuma untuk menguji kecekapan anda mengenal nada muzik? Saya buat software ini secara suka suka setelah mencari aplikasi seperti ini di Internet.  Saya memang ada terjumpa tetapi merasa tidak berapa puas hati kerana tidak berapa fleksibel untuk memilih tone yang saya ingin practice. Semuanya perlu pilih semua dari  C,D,E,F,G,A,B.

Irfan & Irfani Music Pitch Training Sofyware

Jadi aplikasi yang saya buat ini saya pastikan mempunyai pilihan untuk pilih mana-mana tone muzik atau kesemua sekali. Kita boleh buat pilihan note music dan tekan “New Pitch Test”. Tambahkan pilihan bila dah cekap. Untuk mereka yang dah expert boleh pilih pula sebarang Octave dan bunyi alat muzik yang berlainan.

Aplikasi ini menghasilkan bunyi menggunakan fungsi MIDI synthesizer yang terbina dalam komputer. Ia telah di uji dan boleh di pasang pada komputer Windows 7 dan Windows 8. Jika anda nak bunyi yang lebih realistik, boleh la sambung ke external MIDI equipment.

Ada 2 aplikasi percuma yang saya buat;

1) irfan.zip (Sila klik dan download)
Aplikasi untuk menguji kebolehan & mengenal satu note sahaja pada satu masa.

2) irfani.zip (Sila klik dan download)
Aplikasi untuk menguji kebolehan & mengenal music interval.

Leave a Reply