Salah satu hobi saya ialah fotografi. Saya bukanlah seorang photographer professional,,,cuma suka-suka je. Laman web yang selalu saya lawati ialah laman web yang menyiarkan berita-berita terkini mengenai fotografiĀ  seta mempunyai gambar-gambarĀ  yang menarik.

Berikut adalah laman web pilihan saya mengikut keutamaan.

DPREVIEW (Digital Photography Review)
Laman web dpreview.com ini selalu update berita-berita terkini mengenai fotography disamping mempunyai forum untuk berbincang mengenai kamera dan teknik-teknik fotografi.

FLICKR
Flickr adalah laman web yang memaparkan koleksi fotografi dari seluruh dunia. Kita boleh join Flickr secara percuma dan boleh share photo untuk dilihat oleh rakan2 atau sesiapa sahaja.

500PX
Laman web ini juga menyediakan ruang untuk kita upload dan share gambar-gambar. Ini adalah koleksi gambar cantik yang saya gemari di laman web ini.

Digital Photography School
Laman web ini menyediakan Tips & Tutorial mengenai fotografi di samping review mengenai peralatan fotografi.

Luminous Landscape
Laman web fotografi yang kita boleh gunakan untuk belajar dan juga untuk mendapatkan tips mengenai fotografi dan juga belajar PhotoShop.

Cheryl Chan Photography
Blog fotografi oleh Cheryl Chan dari Malaysia.

Tarmizi Shukri
Blog fotografi dalam Bahasa Melayu.

Photo Malaysia
Berita, forum, tutorial & ulasan mengenai fotografi di Malaysia.

Lowyat Photography Forum
Forum fotografi yang dikendalikan oleh lowyat.net untuk peminat-peminat fotografi di Malaysia.

ShaShinKi (The Online Camera Shop)

Leave a Reply